suggestion kami

Tuesday, 30 June 2015

Sudahkah ada memilihnya?

Sebelum terlewat eloklah difikirkan perlindungan kewangan terbaik buat diri anda dan keluarga . Kita telah melihat pelbagai kes berlaku dalam masyarakat. Ada insuran yang berfungsi sebagai tabungan. Contoh seperti yang saya ambil  ETIQA MUTIARA PLUS. Sebenarnya mendidik kita untuk menabung. Apa pun jangan terburu-buru. Pastikan anda teliti polisi sebelun membuat keputusan


Apa pilihan anda?

Simpanan untuk masa depan. Sangat sinonim. Insuran mahupun pelaburan bakal menjamin masa depan. Tapi jangan tersalah membuat pilihan sehingga terjebak skim cepat kaya. Pelaburan yang tepat bakal mendapat pulangan  lumayan. Masalah kewangan tidak akan selesai sekiranya kita tidak membuat  simpanan kewangan.  Di mana anda ingin mendapatkan sumber kewangan sekiranya tiba-tiba ditimpa sakit? 

PERLINDUNGAN KEWANGAN

Tahukah anda sebenarnya perlindungan kewangan ini merangkumi simpanan perlaburan dan perlindungan insuran. Tentunya kita pernah dengar  ETIQA TAKAFUL, PRUDENTIAL BSN, dan sebagainya yang menjanjikan pelbagai kemudahan dan keperluan di masa hadapan.Sebagai pengguna pilihan yang tepat perlu,nilaikan secara bijak.Tak dinafikan pelan insuran menjadi keperluan di masa kini kerana masyarakat hari ini amat mementingkan kesihatan terutama mereka yang menghadapi persekitaran kerja yang "HAZARDOUS" seperti pusat perlupusan bahan kimia dan bekerja di makmal.

Bagaimana anda melindungi keluarga anda?

Pada ketika ini terdapat banyak pelan PERLINDUNGAN bagi melindungi keluarga kita. Tapi sebagai pengguna kita seharusnya bijak memilih pelan terbaik untuk jangka masa panjang. Ya lah , masa depan sesuatu yang belum pasti dan perlindungan itu sangat perlu. Apa pendapat anda?